fb fb fb fb fb

Polis terima rasuah RM2,000

SEREMBAN, 16 Disember- Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menerima rasuah daripada suspek yang sedang disiasatnya.

Tertuduh, Norhazarel Anuar Hamidon, 36 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin selepas kertas pertuduhan dibacakan. 

 
(Norhazarel Anuar Hamidon, 36 tahun, mengaku tidak bersalah)

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Sarjan telah bersetuju menerima wang untuk dirinya sebanyak RM2,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang tertuduh tahu lelaki itu dan rakannya merupakan suspek dalam kes yang sedang disiasat. 

Kesalahan itu dilakukan pada 5 Ogos 2020, berhampiran Mahkamah Majistret Bahau di Jempol. 

Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua - duanya sekali. 

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM Seremban satu kali sebulan. 

Sebutan semula kes untuk serahan dokuman 18 Januari 2023.

Media Baharu