SUBANG JAYA, 1 April- Polis sedang menyiasat dakwaan berlaku kerja mengorek di tanah rizab Petronas hingga menyebabkan punca kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihak bomba dan Petronas akan menjalankan pemeriksaan terperinci bermula esok bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlakunya kerja korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini.