fb fb fb fb fb

PMX dijangka lawat Kedah esok, pantau keadaan banjir

Banjir di Kedah semakin memburuk apabila jumlah penduduk terjejas meningkat kepada lebih 6,700 orang/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melawat Kedah esok untuk memantau keadaan banjir di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus membuktikan keprihatinan perdana menteri terhadap rakyat, walaupun negeri itu diperintah oleh pembangkang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata demikian kepada media selepas merasmikan MATEC 2024 di Bukit Jalil, di sini.

Banjir di Kedah semakin memburuk apabila jumlah penduduk terjejas meningkat kepada lebih 6,700 orang daripada 2,000 keluarga.

Mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementera yang dibuka di tujuh daerah di negeri itu antaranya Alor Setar, Pokok Sena, Kulim, Pendang dan Kuala Muda.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee