fb fb fb fb fb

Rakyat Palestin sesak nafas akibat terhidu gas beracun

Foto AFP

NABLUS, 20 September- Beberapa rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata hari ini semasa protes antipenempatan di bandar Beita, selatan Nablus di utara Tebing Barat.

Memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel juga bertindak keras terhadap peserta dengan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata, sekali gus menyebabkan kecederaan terhadap peserta.

"Pasukan perubatan telah memberikan rawatan di tempat kejadian kepada mereka (peserta) yang terjejas oleh gas beracun tersebut," lapor WAFA.

Bandar Beita sering berdepan dengan keganasan berterusan daripada pendatang haram Israel, terutamanya selepas penubuhan pos penempatan Evyatar di Gunung Sabih, pinggir bandar itu.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM