fb fb fb fb fb

SFZ Forest City tawar pejabat keluarga sifar kadar cukai

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

ISKANDAR PUTERI, 20 September- Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City bakal menjadi lokasi pertama pembinaan Pejabat Keluarga atau firma pengurusan kekayaan, di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelan tersebut antara rangkuman dalam Pakej Insentif Cukai SFZ Forest City.

Menerusi inisiatif itu, sifar kadar cukai ditawarkan terhadap keuntungan pelaburan diperolehi dalam beberapa tahun, bagi mana-mana keluarga yang mahu menguruskan kekayaan mereka di firma tersebut. 

Di samping itu kadar cukai korporat konsesi antara sifar hingga lima peratus, turut ditetapkan. 

"Kita juga akan menarik perkhidamatan perkongsian, dan perkhidmatan perkongsian global agar boleh datang ke Forest City dari segi kewangan dan perakaunan. Ia dijangka menawarkan pekerjaan untuk rakyat.

"Kita juga ada bagi insentif, elaun perpindahan yang yang akan merendahkan kos untuk masuk ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Pakej Insentif Cukai SFZ Forest City di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI