fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas

Datuk Fisol Salleh

ALOR SETAR, 20 September- Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam longkang di kawasan kampung berhampiran rumahnya di Lorong Seri, Jalan Langgar, di sini semalam.

Mangsa Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah, 2 tahun menjadi korban terbaharu banjir di Kedah.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, kejadian itu dilaporkan ibu mangsa apabila menyedari anak perempuannya tiada di rumah sekitar pukul 3.00 petang semalam.

"Kita ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak meninggal. Saya menyeru warga Kedah semasa musim cuti persekolahan, sekiranya ingin pergi riadah bersama-sama keluarga dapatkan maklumat dan info-info berkaitan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga memaklumkan mayat ditemukan terapung dalam keadaan terlentang kira-kira pukul 8.00 malam setelah usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga bersama-sama penduduk kampung.
 
Fisol berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku faktor kecuaian berhubung kejadian berkenaan dan keluarga kanak-kanak itu akan dipanggil bagi siasatan lanjut.
 
Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. 
 
Siasatan akan diteruskan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI