fb fb fb fb fb

Banjir: 39 PPS diaktifkan di Kedah

39 PPS diaktifkan di Kedah

Alor Setar 20 September- Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Kedah bertambah daripada 36 buah pada tengah hari tadi kepada 39 buah setakat pukul 4.00 petang.

Ketua Bahagian Sekretariat APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain menerusi kenyataan berkata jumlah penduduk terjejas terus meningkat daripada 6,477 orang kepada 6,861 orang.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, seramai 2,551 daripadanya melibatkan penduduk di 12 PPS di daerah Kota Setar, daerah paling teruk terjejas ketika ini.

Sementara itu, dua PPS di Daerah Kulim ditutup tengah hari tadi. Ini menjadikan PPS di enam daerah sahaja yang masih dibuka.

Pegawai Daerah Kulim Mohd Zaini Ramli dalam kenyataan memaklumkan penutupan melibatkan PPS Taman Sang Kancil, Lunas dan PPS Kampung Tok Betok Sungai Ular.

ROSLINA BINTI DIN