fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Kerajaan jamin pantau situasi lebih teliti

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

PUTRAJAYA, 20 September – Kerajaan memberi jaminan bahawa pegawai-pegawai bertanggungjawab akan terus memantau situasi banjir di Kedah secara lebih teliti, termasuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir dan merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata walaupun perubahan iklim global sukar diramal, kerajaan telah mewujudkan rangka kerja di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memastikan operasi penyelamatan dan bantuan berjalan lancar.

“Kita sudah ada rangka kerja di bawah NADMA, dan setiap peringkat akan digerakkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan serta mengurangkan ketidakselesaan mangsa,” katanya selepas melancarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE), di sini.

Tambah Fadillah, badan pemantau di peringkat daerah dan negeri akan sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan setiap kali berlaku bencana bagi menjaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat banjir.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN