fb fb fb fb fb

PM10 mula tugas

(Datuk Seri Anwar menandatangani buku khas dan buku selamat bertugas)

PUTRAJAYA, 25 November- Datuk Seri Anwar Ibrahim, memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri hari ini.

Beliau tiba di Bangunan Perdana Putra pada pukul 9.00 pagi, disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum memasuki pejabat, Datuk Seri Anwar mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Integriti Jabatan Perdana Menteri, Muhd Redza Ahmad.

Turut Hadir pada sesi tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku khas dan buku selamat bertugas.

Datuk Seri Anwar, 75 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesepuluh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan tersebut selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


(Datuk Seri Anwar mengimbas kad perakam)

Media Baharu