PM zahir takziah kepada mangsa gempa bumi Colombia

Angka korban gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda barat Colombia meningkat kepada 132 orang

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi dahsyat yang melanda wilayah barat Colombia, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar sifatkan gempa sebagai yang paling kuat bagi Colombia dalam beberapa dekad.
  • Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Colombia menghadapi saat sukar ini.
  • Penghargaan kepada petugas penyelamat dan sukarelawan yang meneruskan operasi walaupun gegaran susulan.
  • Angka korban meningkat kepada 132 terbunuh dan lebih 570 cedera akibat gempa 7.4 magnitud.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gempa bumi paling kuat melanda negara itu dalam tempoh beberapa dekad.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa serta simpati kepada semua yang terjejas.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Colombia dalam menghadapi saat sukar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau turut memberi penghargaan kepada petugas penyelamat dan sukarelawan yang terus menjalankan operasi mencari mangsa yang terselamat, meskipun gegaran susulan masih berlaku.

“Semoga mereka yang cedera segera pulih dan mereka yang masih hilang dapat ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya.

Anwar turut menyatakan harapan agar rakyat Colombia terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kesan bencana itu.

Angka korban gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda barat Colombia meningkat kepada 132 orang, manakala lebih 570 lagi cedera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.