
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah bagi pihak Kerajaan Malaysia kepada rakyat Norway atas kemangkatan Raja Harald V.
- Raja Harald dikenang kerana penghayatan mendalam tentang identiti Norway dan pengiktirafan kepelbagaian masyarakat negara itu.
- Baginda menegaskan penduduk dari Afghanistan, Pakistan, Poland dan lain-lain juga sebahagian daripada Norway.
- Titah baginda mengingatkan bahawa kekuatan negara terletak pada maruah dan penghormatan kepada setiap rakyat.
- Baginda memahami tanggungjawab selepas sumpah serta pentingnya menepati komitmen; Malaysia berkabung bersama Norway.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata Raja Harald akan dikenang kerana penghayatan mendalam tentang identiti rakyat Norway, termasuk pengiktirafan baginda terhadap kepelbagaian masyarakat di negara itu.
“Baginda pernah bertitah bahawa negara itu turut dihuni oleh masyarakat yang keluarganya berasal dari Afghanistan, Pakistan, Poland serta pelbagai tempat lain dan menegaskan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada Norway.
“Titah baginda mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada maruah dan penghormatan yang diberikan kepada setiap rakyatnya,” kata Datuk Seri Anwar.
Datuk Seri Anwar berkata Raja Harald juga memahami tanggungjawab yang digalas selepas mengangkat sumpah jawatan dan kepentingan berpegang teguh kepada komitmen yang telah dibuat.
Jelas beliau, Malaysia bersama-sama rakyat Norway berkabung atas kemangkatan baginda.