
KUALA LUMPUR, 14 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa serta ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, susulan perkhabaran Baginda dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan untuk Sultan Brunei menjelang rawatan kesihatan.
- Beliau mendoakan agar Sultan dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
- Harapan agar Sultan terus memerintah Brunei dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan semasa menjalani rawatan.
Perkara itu dikongsi Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook.
“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” kata beliau.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini.