PM rasmi Pesta Buku Antarabangsa KL 2026

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ribuan pengunjung membanjiri tapak sejak awal pagi bagi menyertai acara dan menyambut ketibaan tetamu rasmi.
  • Pelancaran buku Zunar "Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun" menonjolkan pembanterasan rasuah, reformasi pentadbiran dan pengukuhan tatakelola.
  • PBAKL 2026 edisi ke-43 berlangsung selama 10 hari hingga 7 Jun, menawarkan pelbagai bahan bacaan dan acara.

Ketibaan beliau pada 10.30 pagi disambut meriah ribuan pengunjung yang mula membanjiri tapak penganjuran sejak awal pagi.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan buku ‘Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun’ karya kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali Zunar.

Karya berkenaan memaparkan usaha pembanterasan rasuah, reformasi pentadbiran dan pengukuhan tatakelola Kerajaan MADANI menerusi ilustrasi kartun yang mudah dihayati segenap lapisan masyarakat.

PBAKL 2026 edisi ke-43 itu berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.