fb fb fb fb fb

PM luang masa di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar

Perdana Menteri beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar

KANGAR, 1 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa melakukan sesi 'walkabout' di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Kangar sempena lawatannya ke Perlis, petang tadi.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung bazar berkenaan.

Ketibaan Perdana Menteri di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan yang merupakan bazar Ramadan terbesar di Perlis dan mempunyai lebih 300 peniaga itu diiringi Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
 
Turut serta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil.

Dalam 'walkabout' berkenaan, Anwar turut singgah di beberapa gerai peniaga dan beramah mesra bersama mereka.
 
Selepas meninjau bazar Ramadan itu, Perdana Menteri kemudian menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Perlis di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping di Padang Besar.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri taklimat Pembangunan Perlis di Kompleks DUN Perlis pada pukul 3.00 petang.

Ini merupakan lawatan keduanya ke Perlis selepas berbuat demikian pada Februari tahun lalu sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

TETITIA YUSOFF