fb fb fb fb fb

PM jamin pertahan penjawat awam bertanggungjawab

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 11 Jun - Penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terikut-ikut dengan tekanan daripada puak 'penyakau' dijamin akan dipertahankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

"Saya akan pertahankan setiap penjawat awam selagi mereka jalankan tugas dengan baik.

"Saya tidak akan terikut-ikut dengan tekanan puak-puak 'penyakau', jadi saya harap saudara faham itu," kata beliau," Anwar berucap majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini .

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu kerana terdapat banyak kes dilaporkan mengenai ada tindakan diambil terhadap penjawat awam biarpun menjalankan tugas dengan baik susulan 'tekanan' daripada pegawai peringkat tertinggi.

TETITIA YUSOFF