PM gesa pemantauan projek kecil di seluruh negara

FOTO BERNAMA

PONTIAN, 15 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemantauan dilaksanakan di semua projek-projek berskala kecil di setiap daerah seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gesaan pemantauan ketat untuk semua projek kecil di setiap daerah seluruh negara.
  • Utamakan projek kecil yang memberi impak langsung kepada rakyat luar bandar.
  • Pelaksanaan segera projek kecil sebagai keutamaan bermula Januari 2026.
  • Pegawai daerah diminta jalankan pemantauan berkala dengan laporan kemajuan.

Jelas Datuk Seri Anwar, tumpuan perlu diberikan kepada projek kecil yang memberi kesan langsung kepada rakyat luar bandar.

“Orang senang dengan pengumuman projek raksasa, penting bagi negara, tapi rakyat senang kalau longkang diperbaiki, jalan berlubang dibaiki, surau diperbaiki.

“Dan kita harus juga mendengar keluhan rakyat, dan ini keutamaan mulai Januari 2026. Projek-projek kecil perlu dilaksanakan segera,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian dan Karnival Rakyat MADANI di sini hari ini.

Pemantauan itu katanya boleh dijalankan pegawai-pegawai daerah masing-masing dengan laporan kemajuan setiap projek perlu dijalankan secara kerap.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.