fb fb fb fb fb

PM Ethiopia mahu kembangkan kerjasama dengan Malaysia

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Oktober- Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali menzahirkan komitmen dalam memperkasakan, memperkukuh serta mengembangkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam pelbagai sektor. 

Menurut Abiy, pihaknya bersetuju meningkatkan kerjasama dalam beberapa bidang utama, termasuk pertanian, perindustrian, perlombongan, perdagangan, dan pelaburan.

"Terdapat peluang besar di kedua-dua belah pihak, perbincangan ini sangat berfaedah bagi kami untuk meningkatkan kerjasama dalam semua sektor dan saya mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan perniagaan Malaysia agar merebut peluang ini," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Tambah beliau lagi, Malaysia menjadi negara contoh dalam pembangunan infrastruktur di Ethiopia yang kini semakin pesat membangun. 

Dalam pada itu, Abiy juga berterima kasih atas layanan Malaysia terutama kepada Anwar yang menyambut dan menyediakan fasiliti terbaik sepanjang kunjungan beliau ke Malaysia. 

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM