fb fb fb fb fb

PM Ethiopia adakan lawatan ke kilang PROTON hari ini

Perdana Menteri Etiopia Dr Abiy Ahmed Ali bersama-sama rombongan tiba di kilang pengeluar kereta nasional PROTON di Tanjung Malim, Perak

TANJUNG MALIM, 25 Oktober - Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali meneruskan siri lawatan kerja hari ini ke kilang pengeluar kereta nasional PROTON, di sini.

Beliau dan 30 delegasi tiba di perkarangan bangunan pentadbiran PROTON pada pukul 3.40 petang.

Hadir sama Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof.

Sebaik tiba kesemua rombongan diberi taklimat dan dibawa melawat ke kilang utama pembuatan kereta nasional itu.

Lawatan sulung Dr Abiy ke Malaysia merupakan pencapaian penting dalam hubungan diplomatik sekaligus memperkukuh kerjasama Malaysia- Etiopia dalam pelbagai bidang.

Esok, beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana.

Perbincangan dijangka tertumpu kepada kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.

Selain membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Ethiopia merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika sejak tahun 2023.

TETITIA YUSOFF