fb fb fb fb fb

PM Ethiopia diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Anwar menyambut ketibaan Perdana Menteri Ethiopia di Bangunan Perdana Putra / Foto RTM

PUTRAJAYA, 26 Oktober- Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali, yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Abiy pada pukul 9.30 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Turut hadir pada majlis sambutan tersebut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.

Malaysia dan Ethiopia kemudian mengadakan pertemuan empat mata di Seri Perdana bagi membincangkan hubungan dua hala dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM