Persiapan Syawal ‘berdarah’ di Gaza

Rakyat Palestin mengusung jenazah yang terkorban diserang Zionis /Foto Reuters

GAZA, 20 Mac – Empat individu mati syahid dalam serangan udara rejim Israel di Gaza, ketika dunia sedang menyambut ketibaan perayaan Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan bertali arus terus berlaku walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
  • Serangan dilaporkan di dua kawasan bandar Gaza; Hospital Al-Ahli dan Al-Shifa terima dua mayat masing-masing.
  • Tentera Zionis mendakwa membunuh komander perisikan Hamas, Muhammad Abu Shaleh, di Khan Yunis.
  • Kementerian Kesihatan Gaza laporkan sekurang-kurangnya 677 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata 10 Oktober.

Menurut agensi pertahanan awam wilayah itu, serangan bertali arus meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.

Serangan dilaporkan berlaku di dua kawasan di bandar Gaza, dengan Hospital Al-Ahli dan Hospital Al-Shifa masing-masing mengesahkan menerima dua mayat dari lokasi berbeza.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Zionis mendakwa pihaknya telah membunuh seorang komander perisikan tentera Hamas di Khan Yunis, Muhammad Abu Shaleh.

Keganasan terus berlarutan di Gaza walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 10 Oktober.

Sejak pelaksanaan gencatan senjata, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 677 rakyat Palestin terbunuh. – AFP