KUCHING, 10 Februari - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah akan dibuka di seluruh negara selewat-lewatnya Isnin depan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah tersebut bagi menyokong pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Pemberian vaksin bagi kanak-kanak 5 tahun hingga 11 tahun amat penting bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan COVID-19.
"Pihaknya menyasarkan 70 peratus kanak-kanak yang layak akan mendapat dos pertama dalam tempoh dua bulan pertama ini dan lengkap dua dos dalam tempoh enam bulan,"Noor Azmi berkata demikian selepas melawat pelaksanaan PICKids di Klinik Kesihatan Batu Kawa, di sini, hari ini.
"Sebab itu kita akan memulakan PPV di seluruh sekolah selewat-lewatnya 14 Februari ini supaya kita dapat mencapai sasaran 70 peratus atau 2 juta anak-anak yang sudah kembali ke sekolah menerima vaksin.
"KKM prihatin dengan keselamatan anak-anak dan mengambil langkah awal melaksanakan PICKids kerana kajian mendapati 90.7 peratus adalah efektif," katanya.
Mengiringi beliau dalam lawatan itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
."Mereka sudah bergerak ke mana-mana kerana sekarang kerana sudah kembali ke sekolah, ibu bapa yang bercuti pula tentunya membawa bersama anak-anak, pergi kenduri kahwin pun membawa bersama anak-anak," katanya.
Beliau berkata, daripada 62,809 kanak-kanak yang sudah berumur antara 5 tahun hingga 11 tahun di seluruh negara yang sudah menerima dos pertama menerusi PICKids sehingga semalam, 12,301 adalah di Sarawak.