Pesta Pulau Pinang edisi ke-60 diteruskan di Kubang Menerong

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow/ Foto FB Chow Kon Yeow

GELUGOR, 15 September – Penganjuran Pesta Pulau Pinang edisi ke-60 tetap diteruskan tahun ini di Kubang Menerong, Tasek Gelugor selepas lebih 50 tahun berlangsung di Sungai Nibong.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesta Pulau Pinang tetap dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 31 Disember tahun ini.
  • PERDA memberi kerjasama dengan menawarkan tapak alternatif untuk penganjuran, dianggap sesuai walaupun saiznya lebih kecil.
  • Tapak Pesta Sungai Nibong dihentikan operasi enam tahun bagi pembinaan LRT Laluan Mutiara dan pembangunan TOD oleh MRT Corp.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, acara tahunan itu akan diteruskan seperti yang dijadualkan bermula dari 1 hingga 31 Disember ini.

“Kita mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang menawarkan lokasi di Kubang Menerong, Tasek Gelugor. Walaupun lokasinya tidak sebesar Sungai Nibong, kita merasakan tempat ini sesuai untuk menganjurkan Pesta Pulau Pinang di Tasek Gelugor.

“Penganjuran Pesta Pulau Pinang di Tasik Gelugor untuk meneruskan legasi Pesta Pulau Pinang, kita kekalkan nama Pesta Pulau Pinang kerana ia satu jenama yang begitu terkenal”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Pidato Penang 2030 di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Tapak Pesta Sungai Nibong dihentikan perasi selama enam tahun bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) oleh MRT Corp.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.