fb fb fb fb fb

Peruntukan untuk TVET tingkat peluang graduan berkemahiran tinggi

Gambar hiasan

SINTOK, 19 Oktober – Ahli akademik menyambut baik peningkatan peruntukan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan semalam.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr. Kamarul Azman Khamis, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah tepat bagi memperkasa rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar.

Beliau menegaskan bahawa keperluan semasa dan masa hadapan menuntut lebih ramai tenaga kerja yang cemerlang dalam bidang akademik serta kemahiran TVET, sejajar dengan keperluan industri yang semakin meningkat.

"Dengan peningkatan peruntukan TVET ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah, malah graduan universiti juga boleh mempelbagaikan kemahiran mereka untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti masing-masing.

"Bajet yang diberikan khusus untuk TVET ini meningkatkan peluang graduan dalam pasaran kerja serta memberi impak positif kepada pendapatan negara.

"Ini juga membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat, terutamanya mereka di kawasan luar bandar yang lebih cenderung memilih bidang kemahiran," katanya ketika ditemui RTM hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan kepada RM7.5 bilion bagi sektor TVET dalam Belanjawan 2025, berbanding RM6.8 bilion sebelumnya.

RM1.2 bilion juga diperuntukan kepada Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang akan memberi manfaat kepada 77,000 pelajar seluruh negara.

Berita Berkaitan

GRACE AISYAH KEDAYAN