fb fb fb fb fb

Lori terbalik, dua lelaki terselamat

FOTO JBPM PERAK

IPOH, 19 Oktober- Dua orang lelaki tempatan cedera selepas lori yang mereka naiki terbalik dalam kemalangan di Jalan Lahat di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.00 pagi.

Jelasnya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Namun, kedua-dua mangsa berusia 44 tahun itu telah dikeluarkan daripada lori oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Kedua-dua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 9.50 pagi.

SITI AISHAH MD ISA