fb fb fb fb fb

Program TVET perlu dirangka, tidak bergantung kepada penawaran

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dirangka mengikut permintaan dan tidak bergantung kepada penawaran semata-mata.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur, Profesor Ir. Dr Azman Senin berkata, setiap institusi pengajian harus meletak keperluan industri sebagai penanda aras pembangunannya.

"Di UniKL (Universiti Kuala Lumpur), pelajar yang mengikuti program sarjana akan menerima sijil profesional tambahan.

"Sebagai contoh, dalam bidang teknologi rel, pelajar akan diberikan sijil profesional daripada institut yang diiktiraf. Dalam bidang elektrikal pula, mereka akan memperoleh sijil profesional sehingga ke peringkat tertinggi. Inilah yang kami lakukan untuk menambah nilai kepada graduan kami," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Sehingga kini setiap industri membuka peluang pekerjaan yang mencukupi bagi graduan TVET negara untuk jangka masa panjang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM