fb fb fb fb fb

Pertandingan syarahan, bercerita tingkat penguasaan Bahasa Melayu di SJKC, SJKT

KUALA PERLIS, 5 Oktober- Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dapat dipertingkat melalui platform Penganjuran pertandingan syarahan dan bercerita dalam Bahasa Melayu.

Pertandingan seperti itu menjadi medium bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selain menggalakkan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan menguasai serta mempertingkatkan tahap penguasaan. 

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, pertandingan seperti itu dapat menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan murid serta membolehkan mereka memahami kebudayaan masyarakat berbilang kaum.
 
"Jadi dengan adanya banyak program-program sebegini ia mampu mendidik pelajar untuk terus mencintai Bahasa Kebangsaan selain bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

"Ini merupakan platform yang baik sekali kepada mereka untuk menonjolkan potensi mereka menggunakan Bahasa Kebangsaan, jadi ini membuktikan mereka menguasai Bahasa Melayu dengan baik sekali," katanya dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di sini.

Johan bercerita Bahasa Melayu dimenangi S. Thaaranii dari SJKT Kamunting dari Perak manakala Ray Ong Kaa Rui dari SJKC Batu Sebelas Cheras dari Selangor memenangi tempat pertama pertandingan syarahan Bahasa Melayu.

Bagi Johan keseluruhan pertandingan menjadi milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang membawa pulang Piala Perpaduan Perdana Menteri.

Seramai 60 peserta mewakili SJKC dan SJKT dari seluruh negara menyertai pertandingan itu.

(Lim Hui Ying)

Media Baharu