fb fb fb fb fb

Perkukuhkan sempadan bagi pastikan kedaulatan negara terjamin- Raja Muda Perlis

Foto FB SUKPerlisOfficial

WANG KELIAN, 5 April - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa penguatkuasaan di sempadan Perlis dan Thailand lebih diperkuatkan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini.

Ia bagi mengelak berlaku sebarang aktiviti jenayah sempadan.

Titah baginda, anggota keselamatan di sempadan harus sentiasa peka dan waspada terutamanya dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin.

Insiden eksploitasi barang dan manusia serta insiden lain yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat seharusnya tidak berlaku dalam masa terdekat ini.

Baginda turut bertitah sudah tiba masanya negara ini menggunakan kecerdasan buatan (AI), dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih canggih di lokasi strategik untuk kawalan sempadan negara.

Langkah itu sebagaimana dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasakan penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada majlis Penyampaian Sumbangan Kuih Raya kepad Pegawai dan Anggota Keselamatan yang Bertugas pada hari Raya Aidilfitri di Sempadan Malaysia Thailand bertempat di Stesen kawalan Sempadan (SKS) Wang Kelian, di sini pada Khamis.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD