fb fb fb fb fb

Perak tidak akan bekalkan air mentah kepada Pulau Pinang,bekalan hanya untuk kegunaan dalam negeri

IPOH, 29 Mac - Kerajaan Perak sekali lagi menegaskan untuk tidak membekalkan air mentah kepada Pulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak mahu rakyat negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air akibat membekalkan air mentah kepada negeri lain.

Jelasnya, keutamaan sumber air di negeri itu yang berpunca daripada Sungai Perak adalah bagi kegunaan dalaman rakyat negeri berkenaan sahaja.

(Datuk Seri Saarani Mohamad di sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh)

"Sudah pastilah bilangan penduduk yang bertambah akan memerlukan penggunaan air yang lebih banyak.

"Oleh yang demikian, Negeri Perak perlu memastikan permintaan air bagi rakyat Negeri Perak sentiasa mencukupi bagi keperluan domestik dan juga komersial pada setiap masa," katanya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Tambah Saarani, keputusan dibuat bersandarkan kajian Lembaga Air Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mendapati sungai Perak cukup untuk kegunaan dalam negeri sahaja.

Jelasnya lagi, menjelang 2050 penduduk di Perak akan mencecah 3 juta orang, berbanding 2.5 juta orang pada masa sekarang, sekaligus memerlukan penggunaan air yang lebih banyak.

Media Baharu