fb fb fb fb fb

Pengamal media mula ‘berkampung’ di luar Istana Negara

KUALA LUMPUR, 20 November - Pengamal media sudah mula ‘berkampung’ di luar Istana Negara bagi bersiap sedia dan menunggu sebarang pergerakan masuk termasuk dari ketua-ketua parti.

Kira-kira pukul 1.03 petang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilihat memasuki Istana Negara menerusi Pintu 2.

Beliau dipercayai mengemukakan dokumen kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan terkini proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Menerusi kenyataan Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong telah meminta kerjasama Yang di-Pertuan Dewan Rakyat memohon kepada ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk memaklumkan kepada pihak Istana Negara mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui.

Ini bagi pembentukan kerajaan baharu pasca PRU15.

(Pengamal media berkumpul di luar Istana Negara)

Yang di-Pertuan Agong juga dijangka memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap untuk baginda mendapatkan kepastian sendiri daripada ketua-ketua parti mengenai pendirian gabungan blok parti.

Ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik tersebut diminta mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri sebelum pukul 2 petang, esok.

Media Baharu