fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Seberang Perai terima bantuan RM1,500

Seramai 202 keluarga terjejas akibat banjir di Seberang Perai, Pulau Pinang, menerima bantuan khas berjumlah RM1,500 / Foto RTM

BUTTERWORTH, 24 September – Penduduk yang terjejas akibat banjir di Seberang Perai, Pulau Pinang, menerima bantuan khas berjumlah RM1,500.

Sumbangan disalurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Perdana Menteri telah menyalurkan RM500 kepada setiap keluarga yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar kawasan tersebut, manakala NADMA menyumbangkan RM1,000.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan sangat prihatin dan terkesan dengan mereka yang diuji dengan musibah banjir ini," katanya.

Seramai 202 keluarga terjejas menerima bantuan kewangan tersebut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN