Iran serang pangkalan tentera AS di Jordan, Bahrain dan Kuwait

Rakaman dikeluarkan oleh IRGC menunjukkan peluru berpandu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan baharu Amerika Syarikat/ AFP

TEHRAN, 13 Julai- Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran melancarkan serangan balas ke atas beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jordan, Bahrain dan Kuwait, menurut media rasmi negara itu, IRNA, hari ini,

RINGKASAN BERITA AI
  • IRGC menyasarkan Pangkalan Udara Putera Hassan di Jordan.
  • IRGC menyerang pusat kawalan dron tentera AS di Bahrain.
  • Serangan turut dilancarkan ke beberapa pangkalan udara di Kuwait termasuk Ali Al Salem.

IRNA melaporkan IRGC dalam beberapa kenyataan memaklumkan serangan itu menyasarkan Pangkalan Udara Putera Hassan di Jordan.

IRGC turut menyerang sebuah pusat arahan dron tentera AS di Bahrain.

Selain itu, IRGC mengesahkan serangan turut dilancarkan ke atas beberapa pangkalan udara di Kuwait, termasuk Pangkalan Udara Ali Al Salem.

Terdahulu pada Ahad, Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mendakwa Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan gelombang serangan baharu terhadap Iran dengan menyasarkan puluhan pangkalan tentera susulan ketegangan di Selat Hormuz. -AFP