fb fb fb fb fb

Pencemaran Sungai: JKKAS peringkat persekutuan, negeri ditubuhkan

Datuk Seri Huang Tiong Sii

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) peringkat persekutuan dan negeri ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran sungai di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, tiga syor dikemukakan antaranya, mewujudkan Jawatankuasa Khas peringkat negeri bagi memantau kualiti air sungai serta memperkemas tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kualiti air sungai, bersih.

"Dalam hal ini, bengkel menangani kemerosotan kualiti Air Sungai Kebangsaan telah dilaksanakan pada 3 hingga 4 Julai 2024 dengan kehadiran daripada pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri bagi membincangkan dan memperhalusi tindakan yang perlu diambil.

"...bagi setiap agensi pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan bidang kuasa masing-masing dalam menangani isu pencemaran sungai di seluruh negara," katanya di Dewan Negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI