Pembangunan AI perlu didorong nilai kemanusiaan, kebijaksanaan dan tanggungjawab moral – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk ‘Humanity in a Human-Machine Civilisation’ (Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin) di Universiti Tokyo, di sini hari ini. / RTM

TOKYO, 9 Jun – Pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) tidak seharusnya diukur berdasarkan aspek kecekapan dan produktiviti semata-mata, sebaliknya perlu didorong oleh nilai kemanusiaan, kebijaksanaan serta tanggungjawab moral.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syarahan menyentuh hala tuju dan etika di sebalik kepesatan teknologi dunia mutakhir.
  • PM mempersoalkan makna kemajuan AI jika dunia masih dilanda krisis kemanusiaan, ketidaksamaan dan peperangan.
  • Malaysia mensasarkan menjadi negara AI menjelang 2030; masyarakat perlu fahami impak dan intipati pencapaian.
  • Kejayaan mampan memerlukan kecemerlangan teknologi seiring kesedaran sosial serta penerapan nilai kemanusiaan, kebijaksanaan dan tanggungjawab moral.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk ‘Humanity in a Human-Machine Civilisation’ (Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin) di Universiti Tokyo, di sini hari ini.

Syarahan khas yang dihadiri lebih 500 pelajar universiti serta ahli akademik itu antara lain menyentuh mengenai hala tuju dan etika di sebalik kepesatan teknologi dunia mutakhir ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Perdana Menteri turut mempersoalkan makna sebenar kemajuan AI sekiranya dunia hari ini masih lagi berdepan dengan krisis kemanusiaan yang berterusan, isu ketidaksamaan serta pergolakan peperangan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata meskipun Malaysia meletakkan sasaran untuk muncul sebagai sebuah negara AI menjelang tahun 2030, masyarakat setempat perlu memahami impak dan intipati sebenar di sebalik pencapaian matlamat berkenaan.

Ujar beliau, bagi mencapai kejayaan yang mampan pada masa hadapan, kecemerlangan dalam bidang teknologi mestilah diimbangi dengan kesedaran sosial serta penerapan nilai kemanusiaan yang utuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.