fb fb fb fb fb

Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM

Foto: FB HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU, 23 Oktober- Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menter, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Hadir sama pada sesi itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurut hantaran itu antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan,”

Menerusi hantaran berasingan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki di tempat sama.

ZEHRA BINTI ZAMBRI