fb fb fb fb fb

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan kerajaan bagi pembelian peralatan dan aktiviti 103 jenis sukan yang ditetapkan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Inisiatif terbabit merupakan salah satu reformasi Kementerian Belia dan Sukan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Hannah, ia bagi menggalakkan penduduk negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

Pelepasan cukai itu boleh digunakan untuk pembelian peralatan sukan, penyertaan dalam kejohanan, keahlian gimnasium dan latihan sukan termasuk untuk pembayar cukai, pasangan, anak-anak, dan warga emas.

"Latihan sukan bermaksud pembayar cukai boleh gunakan untuk belajar sukan yang baharu dan fee setiap bulan yang mereka bayar untuk jurulatih, mereka boleh kumpul resit untuk diri, untuk suami isteri serta anak-anak.

"Tahun 2025, kita telah luaskan kepada ibu bapa pembayar cukai, bermaksud datuk dan nenek juga boleh belajar sukan yang baharu," katanya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Segambut 2025 di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM