Pelan bantuan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti – PM

PUTRAJAYA, 19 Oktober – Pelan bantuan dari Malaysia ke Palestin mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koordinasi rapi diperlukan untuk memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan di Palestin.
  • Pertemuan dengan rangkaian masyarakat sivil seperti Op Ihsan dan Sumud Flotilla bagi menyelaras penghantaran.
  • Tekankan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti dalam pelaksanaan bantuan.
  • Usaha bantuan diharapkan meringankan penderitaan rakyat Gaza.
  • Tindakan ini mencerminkan keprihatinan dan nilai kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap Palestin.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan pertemuannya dengan rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Op Ihsan dan Sumud Flotilla hari ini bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.

“Dengan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti yang kita tunjukkan, saya yakin usaha ini akan membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza. 

“… dan menjadi lambang keprihatinan serta kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin”, katanya menerusi hantaran di Facebook.