fb fb fb fb fb

Pelaksanaan BWC JKDM tingkat tahap integriti pegawai

Anis Rizana Mohd Zainudin / Foto RTM

SEPANG, 12 Oktober- Pelaksanaan Body Worn Camera (BWC) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatkan tahap integriti pegawai yang bertugas di lapangan.

Jelas Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, keberhasilan pemakaian BWC itu berjaya mengurangkan 38.46 peratus aduan kes melibatkan warga JKDM.

"Berdasarkan statistik jabatan data aduan kes melibatkan tatakelakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai JKDM.

"Setelah penggunaan BWC hanya ada lapan kes yang diterima. Ini menunjukkan pengurangan 38.43 peratus dalam jumlah aduan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran BWC JKDM di sini.

Menerusi projek rintis JKDM, sebanyak 60 unit BWC dibekalkan secara sewaan kepada pegawai barisan hadapan di lima lokasi pintu-pintu masuk utama negara setakat ini.

Selain membantu JKDM dalam membendung ketirisan hasil negara melalui pencegahan aktiviti penyeludupan, pelaksanaan BWC itu juga meningkatkan kutipan hasil sebanyak 21.46 peratus atau RM1.12 juta bagi tempoh Januari sehingga September 2024 berbanding tahun lepas.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM