fb fb fb fb fb

Pelajar IPTA ditemukan lemas dalam kolam ikan

Seorang penuntut IPTA ditemui lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di kolam ikan, Labis semalam (Ahad) /Foto RTM

LABIS, 4 Jun -Mayat seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditemui mati lemas selepas mandi di sebuah kolam ikan, di sebuah tapak perkhemahan di Felda Chemplak, Labis, Segamat, semalam (Ahad).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah memaklumkan, mangsa berada di kawasan tersebut bersama 16 rakannya, sejak 2 Jun lalu bagi menyiapkan tugasan Pemasaran Digital kawasan rekreasi berkenaan. 

Menurut Ahmad Zamry, mangsa dilaporkan mandi di sebuah kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu, pukul 10.30 pagi, sebelum disedari lemas kira-kira 30 minit kemudian.

Selepas ditemui, mangsa disahkan meninggal dunia apabila cubaan bantuan pernafasan pasukan penyelamat gagal.

Mayat kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD