fb fb fb fb fb

Pelajar dihempap runtuhan konkrit stabil

Pelajar perempuan tingkatan tiga cedera di bahagian paha dihempap runtuhan konkrit

SETIU, 20 Januari- Susulan kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga cedera di bahagian paha selepas dihempap runtuhan konkrit di sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Kampung Putera Jaya Setiu semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata, pelajar berkenaan dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

"Penyelenggaraan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bawah seliaan kerajaan negeri namun pada 2023 KPM sendiri telah menyalurkan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM200,000 kepada setiap SABK melalui Lembaga Pengelola Sekolah.

"Kejadian yang berlaku ini diharap tidak akan berulang lagi," kata Jelani.

Dalam kejadian pukul 11.22 pagi semalam Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Mohd Razli Rapiae memaklumkan sembilan anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Ketika tiba pihaknya tiba di lokasi kejadian pelajar berkenaan didapati terperangkap di bawah runtuhan konkrit yang berukuran 10x5 kaki persegi dan mengalami kecederaan di bahagian paha.

Pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI