KUALA LIPIS, 6 Oktober- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengesahkan pekerja di kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima sebarang laporan berhubung caruman PERKESO membabitkan pekerja GISBH.
"Kementerian di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia masih melakukan siasatan perkara tersebut.
"Hasil siasatan dijangka akan diketahui pada Rabu ini," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Bandar Bersih: Karnival Pahang Bersih Makmur 202 di sini.
Pada 8 September lalu, Mahkamah Buruh di Johor memerintahkan GISBH membayar RM23,100 kepada bekas pekerjanya yang tidak dibayar gaji.
BERITA BERKAITAN:
- GISBH : Polis lakukan siasatan komprehensif, ikut undang-undang
- MCAS nafi ada kaitan dengan GISBH dan pergerakan Al-Arqam
- GISBH : Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
- GISBH: Penjaga rumah amal mengaku tidak bersalah, aniaya kanak-kanak
- GISBH: Silibus pemulihan akidah giat dibangunkan - Dr. Na'im
- Anak-anak GISBH mula terima program pendidikan formal