fb fb fb fb fb

PEDi akan dijenamakan semula, menjelang suku kedua 2024

Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja PEDi Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR, 16 Februari- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dijangka akan dijenamakan semula termasuk perubahan pada nama dan fungsinya kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Penjenamaan itu akan dibuat pada suku kedua tahun ini berikutan peranannya lebih meluas pada komuniti selain dilihat sebagai satu pusat sebaran maklumat serta komuniti untuk memberi maklumat pelbagai aktiviti tidak melibatkan aktiviti ekonomi digital.

"Jadi saya lihat ada keperluan kita dalam proses penambah baik PEDi mungkin ada sedikit penjenamaan baru bagi semua PEDi yang sesuai manfaat dengan hala tuju baru yang sedang kita rangka bagi PEDi.

"Dia bukan sekadar tukar nama tukar fungsi sebab kita nampak contoh pendaftaran PADU, dia dari satu sudut bukan ekonomi digital dia memfaatkan prasarana yang ada untuk memberi bantuan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja PEDi Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di sini.

Pedi dilihat mempunyai potensi sebagai pusat komuniti penting dengan pembelajaran, mengenai geran, selain mendapatkan maklumat mengenai bantuan perkhidmatan kerajaa, termasuk berkhidmat sebagai kemudahan pejabat pos.

Bagaimanapun 156 Pedi daripada 911 seluruh negara dijangka siap menjelang hujung Jun tahun ini dengan akan diteliti semula lokasinya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI