PDRM galak masyarakat manfaatkan VSP salur maklumat jenayah

Datuk Noor Hisam Nordin/ Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 24 Ogos – Masyarakat digalak memanfaatkan Rondaan Telefon Pintar Sukarela (VSP) sebagai saluran tambahan untuk menyalurkan maklumat kepada polis, termasuk berkaitan kejadian jenayah atau perkara mencurigakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galakkan penggunaan VSP secara meluas, bukan hanya semasa musim perayaan, untuk lapor rumah ditinggalkan atau kejadian mencurigakan.
  • Daftar dan gunakan VSP supaya polis dapat memperoleh maklumat lebih pantas bagi tindakan keselamatan dan respons segera terhadap isu tular.
  • Polis perlu lebih proaktif menggunakan platform digital dan media sosial untuk menangani aduan dan keselamatan awam dengan segera.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Noor Hisam Nordin berkata penggunaan VSP meluas, bukan hanya ketika musim perayaan untuk memaklumkan mengenai rumah yang ditinggalkan ketika pulang ke kampung.

“Kita ada VSP dan sepatutnya masyarakat menggunakan saluran itu. Memang aduan dahulu dibuat secara fizikal di balai, namun platform media sosial hari ini menuntut kita bekerja lebih keras dan proaktif. Ini termasuk isu tular ditangani cepat dan proaktif demi keselamatan awam,” jelasnya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mendaftar dan menggunakan VSP bagi membantu polis mendapatkan maklumat lebih cepat.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Ke-10 Tahun 2026 di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.