fb fb fb fb fb

Parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak diminta segera serah nama calon PM kepada Istana Negara

KUALA LUMPUR, 20 November- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan ketua parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan dipersetujui untuk membentuk kerajaan.

Menurut Istana Negara, ketua parti dan ketua gabungan politik diminta mengemukakan nama calon Perdana Menteri, kepada Istana Negara sebelum pukul 2.00 petang esok.

Titah dan keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri, adalah muktamad.


(Foto BERNAMA)

Baginda turut menasihati rakyat serta ketua parti politik untuk akur, menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan tenang dan berlapang dada.

Titah Baginda, negara memerlukan kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan.

Media Baharu