Operasi SAR individu hilang di laut Tuaran ditangguhkan

Foto hiasan

TUARAN, 28 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang individu yang dikhuatiri hilang di laut di Pantai Dalit, di sini ditangguhkan petang tadi selepas tiada sebarang petunjuk baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencarian bermula selepas pelancong China mendakwa ternampak objek menyerupai individu meminta pertolongan semasa meluncur ombak.
  • JBPM, PDRM, APM dan pihak pengurusan resort terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
  • Kaedah Water Surface Searching digunakan bersama bot penyelamat bomba bagi melancarkan pencarian.
  • Pencarian meliputi radius sehingga tiga kilometer dengan bot dan 400 meter di persisiran pantai.

Operasi dijalankan selepas seorang pelancong dari China yang sedang melakukan aktiviti meluncur ombak di kawasan berkenaan mendakwa ternampak objek menyerupai individu meminta pertolongan ketika melakukan aktiviti meluncur ombak di kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak pengurusan resort menjalankan pencarian menggunakan kaedah Water Surface Searching serta bot penyelamat bomba.

Pencarian meliputi radius sehingga tiga kilometer menggunakan bot dan 400 meter di persisiran pantai. Operasi ditangguhkan pada 6.26 petang dan akan disambung semula sekiranya menerima arahan daripada PDRM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.