
KUALA LUMPUR, 3 Julai – Penjagaan pesakit berteraskan penyampaian perkhidmatan kesihatan menerusi inovasi berdasarkan nilai belas ihsan berupaya memastikan para ibu dan keluarga mendapat penjagaan yang terbaik.
- MyOASym memperkukuh perkongsian ilmu, jaringan profesional dan kerjasama untuk meningkatkan mutu penjagaan kesihatan ibu dan bayi.
- Kecemerlangan perkhidmatan kesihatan diukur juga melalui layanan penuh hormat, empati dan sokongan kepada ibu serta keluarga semasa kehamilan dan kelahiran.
- Profesional kesihatan muda komited kepada pembelajaran berterusan dan membangunkan nilai empati selari dengan kemahiran teknikal.
Justeru, Simposium Anestesia Obstetrik Malaysia (MyOASym) 2026 platform memperkukuh perkongsian ilmu, jaringan profesional serta kerjasama dalam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan ibu dan bayi di negara ini.
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata penganjuran simposium seperti itu memberi pendedahan bimbingan dan memperkukuh kemahiran bagi menghadapi cabaran kesihatan.
“Kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan bukan hanya diukur melalui kejayaan klinikal, tetapi juga melalui layanan penuh hormat, empati dan sokongan kepada ibu serta keluarga sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran,”katanya ketika merasmikan MyOASym 2026.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut yakin dengan komitmen golongan profesional kesihatan muda yang sentiasa komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan membangunkan nilai empati seiring dengan kemahiran teknikal.
Simposium berkenaan menghimpunkan pakar serta profesional kesihatan dari dalam dan luar negara bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang anestesia obstetri.