fb fb fb fb fb

Sokongan warga perkhidmatan awam, bantu kembalikan era kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November- Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara dapat kembali ke zaman kegemilangannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semangat 'islah' iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara diamalkan penjawat awam.

"Negara ini memerlukan perubahan, suatu tahap yang kita pernah capai dahulu, malangnya merosok. Merosok itu baik ekonominya, baik kestabilannya ataupun disiplinnya."

"Cuma kadang-kadang juga ada kaitannya dengan kelemahan pimpinan dan kaitannya diperingkat penjawat awam", katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, pertama di Putrajaya.

Tambah beliau, meskipun kerajaan dan pimpinan bertukar ganti, namun penjawat awam kekal dengan maksud mengangkat sistem dan peraturan negara dengan tegak dan hukumnnya.

Berdasarkan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini, beliau optimis untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Media Baharu