fb fb fb fb fb

Nanas MD2 Malaysia tembusi pasaran Jerman

(Foto hiasan)

JOHOR BAHRU, 15 Disember- Nilai eksport nanas sepanjang tahun ini hampir mencecah RM1 billion, melebihi nilai yang diraih pada tahun lalu, kira-kira RM600 juta.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 217 tan metrik nanas telah dikeluarkan.

EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata pengeluaran dijangka mencecah 450 tan metrik dalam tempoh 5 tahun akan datang, bagi mengembangkan potensi eksport nanas, terutama ke Eropah.

Sebagai permulaan, sebanyak 18 tan bersamaan 12,000 biji nanas mula dieksport ke Jerman, bagi pasaran Eropah.

"Jerman minta kalau boleh sekurang-kurangnya 1,000 kontena seminggu. Kita faham kalau kumpul satu negara pun tak cukup.

"Maksudnya, berapa banyak kita ada Jerman sanggup beli untuk pasaran Eropah. Sebab itu kita harap ia berjaya sebab buka pasaran luas di Eropah. Kita harap buka ruang perniagaan baharu kepada petani untuk tumpu nenas MD2 pasaran Eropah," kata Zahari selepas merasmikan pelepasan eksport pertama nanas MD2 ke Jerman di sini.

Program anjuran Lembaga Perindustrian Nanas, LPNM menyaksikan Kulim (M) Berhad menjadi syarikat pengedar ke Jerman sebelum dipasarkan ke beberapa negara Eropah.

Sebelum ini, eksport nanas melibatkan pasaran China, Jepun, Qatar, Turkiye dan Korea Selatan.

(Datuk Zahari berkata nanas MD2 Malaysia tembusi pasaran Jerman)

Media Baharu