fb fb fb fb fb

Nahas helikopter TLDM: Jangan buat spekulasi, tunggu laporan siasatan

Datuk Seri Mohamed Khaled ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Johor, dan Veteran UMNO Johor di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 4 Mei- Kementerian Pertahanan memohon orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 23 April lalu, sebaliknya memohon mereka menunggu laporan siasatan yang sedang dijalankan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan tersebut penting, kerana siasatan dijalankan berdasarkan fakta yang diperoleh.

"Itu sebabnya kita ada laporan siasatan dalam bentuk jawatankuasa, supaya ia betul-betul rumusannya berlandaskan kepada fakta, bukannya andaian, dan sangat penting supaya ia dapat menjaga dan memelihara perjalanan TLDM,"katanya.

Beliau turut memberitahu, Kementerian Pertahanan akan merujuk kepada pihak berkenaan, sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan khidmat pihak luar, bagi menyiasat nahas tersebut.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Johor, dan Veteran UMNO Johor di Johor Bahru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE