fb fb fb fb fb

Muhammad Aznil atlet angkat berat dinobatkan Ikon Kemerdekaan negeri Kedah

KEDAH, 8 Ogos- Kerajaan Negeri Kedah mempertimbang untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah
sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Ia sebagai menghargai pencapaian cemerlang Muhamad Aznil yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Kedah, Dato’ Romani Wan Salin berkata kejayaan yang dicapai atlet berasal dari Bukit Pinang, Pokok Sena itu sesuatu yang amat membanggakan

Aznil bukan sahaja mengharumkan nama negara di pentas dunia, malah menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak muda tempatan berjuang untuk negara.

 
(Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna negeri Kedah, Dato’ Romani Wan Salin
bersama Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah)

"Saya ucap tahniahlah, adik (Aznil) sebagai ikon orang muda. Jadi inilah satu contoh sempena kemerdekaan sebagai tanda patriotism adik-adik, inilah sepatutnya anak-anak generasi muda ni kena ikut, contoh yang terbaiklah," katanya selepas menyampaikan cenderahati dan sumbangan peribadi kepada Muhamad Aznil di rumah ibu bapanya di Kampung
Baru, Bukit Pinang dekat Pokok Sena.

Sementara itu, Muhamad Aznil berkata beliau sangat terharu dengan sambutan diberikan oleh semua pihak yang menghargai pengorbanannya dalam mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel.

Dan selepas ini, beliau akan memberi fokus untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Ikutkan esok dah mula latihan di sini (Alor Setar). Cuma jurulatih akan ambil program, latihan ringan-ringan dulu sebelum kami balik ke Bukit Jalil untuk latihan. Jadi saya akan ikut terusla program jurulatih. Dari segi latihan itu tidak berhentilah sebab Olimpik pun dah tinggal dua tahun ja, tidak lama dah," katanya

30 Julai lepas, Muhamad Aznil memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional, Birmingham apabila meraih emas selepas melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285 kilogram sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

Media Baharu