fb fb fb fb fb

MITI perluas pemasangan titik pengecasan EV ke semua daerah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperluas pemasangan titik pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) ke semua daerah di seluruh negara / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 27 November – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperluas pemasangan titik pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) ke semua daerah di seluruh negara selepas kajian rintis yang dijalankan bersama Selangor dan Johor selesai.

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata bagi daerah yang belum memiliki titik pengecas, usaha sedang dilakukan bersama kerajaan negeri Selangor dan Johor untuk memastikan setiap daerah dilengkapi dengan pengecasan DC.

"Setelah pilot projek di Selangor dan Johor, kami akan memperluasnya ke seluruh negara untuk memastikan setiap daerah mempunyai titik pengecas," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Dewan Rakyat, di sini.

Setakat 31 Oktober ini, sebanyak 3,354 petak pengecas telah dipasang di seluruh negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN